2008

Tahun paling top best diantara tahun2 hidup di dunia. Sebab:

  • Bertukar keje ke kompeni yg best
  • Gaji naik banyak.
  • Ada offer best dari kompeni yg glamour(tp masih tak decide nak join ka dak..gaji sikit maa)
  • Aku menang lipstick prizes dari Her World.(Tak pernah dlm hidup aku..)
  • Hidup aku aman tenteram(Aminnn)
  • Hidup aku on my own decision and path.(aku puas hati)
  • Aku ada rumah sendiri,kemudahan yg aku beli sendiri.(Beli cash tao..walaupun rumah sewa..aku bayar guna duit aku tao)
  • Yg paling penting..hidup aku UNDER CONTROL walaupun dikelilingi masalah peribadi..bukan hutang...simply the BEST for my self...

Fun Fair Pesta Pulau Pinang 2008

Aku & friend p Pesta PP lepas abis keje. Tak ada apa yg menarik sangat pun.Banyak gak kedai2 kosong. Tapi lain2 cam sama dengan ekspo seberang jaya. Tapi best pulak bila masuk bahagian fun fair. Banyak woo mainan yg ikut nasib menang la...hehe.Member ada beli token suh masuk kaut anak itik.Aku dapat tabung je...dah tu dapat itik yg paling corot. Itulah aku dah cakap aku ni jenis nasib "Thank You" je. Dapat tabung..haha dapat gak hadiah free..

Walaaa

Aku sudah buat sunat istikharah dan sunat hajat. Buntu nak pilih. Tapi hati aku sekarang ni dah mula rasa tenang. Insya-Allah tak lama lagi bole la aku buat keputusan yang akan menjadi titik tolak hidup baru aku next year. Harap2 cepatlah Allah Taala kasi aku petunjuk...Amin

Dilemma

Dilema bermaksud permasalahan yang timbul untuk membuat pilihan. Itu maksud dari kamus aku sendiri.Har..har..har. Memang aku dilema. Aku terpilih pulak dalam interview hospital swasta yang aku kondem kaw2 tempohari. Aku ambik offer letter dan terkejut beruk gaji yang diaorang kasik amatlah rendah untuk jawatan department head it. Adaka nak kasi aku RM 2300. sahaja. Dah tu tak discuss ngan aku la. Kata mereka berdasarkan merit dan skill aku. Memang bengong la kompeni ni. Maukah aku join kompeni ini? Ramai yang suroh join bila aku tanya. Join2 la..bagus tu..masuk dulu..Masalah utama aku sayang keje aku sekarang. Kalau tak tau mereka antar aku traning. Ajar aku. Mereka jaga aku elok2. Aku boleh jadi terror dlam 2&3 tahun ni. Kalo aku resign habislah knowledge aku. Katakan aku tak seronok keje kat sana, takkan jumpa dah kompeni sekrg ni. Kalau Hospital ni kasi aku RM 3000 pun dah cukup. Esok aku leh kasik surat resign. Apala bengong punya hospital swasta..cawangan sana sini.kolej pun berlambak.oversea pun ada...haprak sunggoh!Tapi sampai sekarang pun aku masih malas nak fikir nak terima ka tak? Tak mo lah.. Mcm nak call kompeni tu dan kasik tao"Puan, saya reject offer tu sebab gaji yang ditetapkan bukan di dalam range yang saya minta..sekian!" Haha padan muka...mereka..

R&R Pantai Bersih




Maghrib di r&r Pantai Bersih. Senja dulu dan kini masih sama walau aku semakin dewasa, rupa berubah tapi di hati sentiasa di kenang.

Work Appraisal



Ini komputer kerja aku yang terbaru. Baru beli dan baru kasik kat aku. Semua ada 10 biji. Dlm department aku hanya komputer aku sahaja yang antik.

Appraisal aku dah siap! Selepas di pas ke sana sini, akhirnya Duncan jadi bos aku dan akan tolong take care system diproduction. Salah satu dipercepatkan confirmation aku adalah sebab BONUS. Dengar kata 2 bulan.

Hari mau hujan


Ahad.November 9.2008.
Hari mungkin hujan tak lama lagi.

Jumaat yang jem











So Friday. Aku terperangkap lagi lalu lepak di QueensBay Mall. Mula2 makan dulu, dua apom balik, pas tu makan shrimp and potato fried from Jusco bazaar. Shrimp dia macam ranting kayu. Disebabkan dah teringin lama nak makanan yang bergoreng aku gigit jugaklah.Lepas tu aku perasan gigi aku start sengal-sengal.
Celebrate Krismas dah start. Dah banyak lampu-lampu, pokok krismas pun dah ada di sesetengah kedai dalam tu. Kat groun floor Samsung sedang buat promotion barang-barang elektrik dan yang menariknya, Samsung freezer RM 8000.
Yang paling aku suka Borders.Ramainya orang sedang baca buku.

Taman Utama, Sg Dua

Ruang tamu.

Pemisah ruang dapur & tandas.

Dapur.
Tandas.Hemmm...




Aku berkenan untuk lihat rumah kos rendah di Taman Sungai Dua. Rumah ni ada balkoni & pintu sliding door. Balkoni agak luas untuk yang mengadap ke jalan dan agak kecil bagi yang menghadap ke hutan. Susun letak macam apartment. Agak luas juga, susun letak pun nampak kemas.Aku dah ambil borang dan akan submit tak lama lagi. Menurut petugas tapak dia cuma minta payslip dan EPF statement. Kalau rezeki aku di sini tak lama lagi aku pindahlah ke kampung halaman aku balik. Memang aku lahir kat sini pun.

Parking lot aku

Ini parking log bersempadan dengan kilang Agilent Tech. Inilah parking lot paling jauh di dalam kilang aku. Parking lot kereta aku 90 darjah kekanan.
Opss! tak nampak.
Aku suka disini sebab suasana tenang sekali. Maklumlah tak dak orang. Sunyi je yang penuh kereta-kereta pekerja je. Besar parking lot ni kalau combine semua dengan kilang-kilang lain mungkin sebesar padang bola saiz xl kot.
Kawasan kilang aku ni merupakan laluan kapalterbang ke Airport di Bayan Lepas. So dalam sehari tu banyak kali la kapal terbang berlepas dan mendarat. Kalau yang besar jumbo pasti besi pada lampu kalimantang office berbunyi "gik..gik..gik" akibat bergegar.

Senja di Pantai Bersih
















Today is Monday

Jalan raya menuju ke tempat keje di Penang.

Highway tepi laut, Pantai Bersih. Highway yang kurang kereta. Aku penyumbang utama tol.

Jem macam selalu. Kembara kat depan tu ambik port aku.

Atas jambatan. Gap jauh-jauh sikit sebab malas nak brek selalu.




Tak lama lagi sampai la Bayan Lepas.





After 5.00 PM. Yahoo balik keje.

Esok Monday

Malam Isnin. Malam yang paling aku tak suka. Sebab esok keje. Aku tak suka bangun pagi. Aku tak suka sebab esok pasti jambatan jem. Pastu aku pagi-pagi kena keluar awal. Kalau tidak aku la yang paling lambat sampai kat office. Pak guard tengok aku.Bos tengok aku. Supervisor tengok aku. Satu kilang tengok aku. Lagipun jalan aku lambat. Aku dah practice tapi tak berjaya nak jalan macam staff lain yang macam naik skateboard. Aku heran mungkin sebab kaki aku tak sepower mereka. Lagipun kaki kanan aku tak balance dengan kaki kiri. Mungkin aku kena jalan berlari. Tapi lari pun aku tak reti jugak. Parking lot aku pulak jauh di tepi pagar belakang kilang. Jalan lambat sepuloh minit baru sampai office depan. Aku pernah tumpang bas kilang untuk ambik kete kat belakang. 1/2 minit baru sampai parking lot aku.

Apa khabar kau bear?

Dear bear;
Aku benci kau sebab selalu buat aku sedih hati. Warna kau dah comot tapi aku suka. Tanda aku dah tak pedulikan kau lagi.
Bear;bear;
Aku tahu kita dua derita.Kita berdua dalam serangan emosi yang panjang. Aku sendiri dah tak mampu nak bertahan tapi untuk kebaikan kita di masa depan inilah terbaiknya.
Bear;bear;bear;
Aku manusia biasa dan lembut. Sampai hati kau sakiti aku. Kini aku dah tak pedulikan kau, biarlah kau kotor, dihinggapi lipas dan habuk. Itulah balasan untuk kau, walaupun aku sebenarnya juga derita lihat kau begitu.Oh Bearku, apalah dayaku...

Olympus bad mood

Salah satu bad mood Olympus ialah baterinya cepat kong.
Agak-agaknya ada kut 2 jam aku pakai bateri akan empty. Lepas tu aku kena cas 5 jam!. Bukan main-main sejam je ke, lepas tu pakai tak sampai setengah jam kong lagi. Huhu! 3-5 jam woo. Aku kena beli lagi sebijik buat backup. Nasihat aku baik ngko ambik yang ada dua-dua bateri boleh pakai. AA boleh, bateri segiempat boleh. Kalau emergency nko rembat mana-mana satu bateri.

Maksud aku di atas, terpulang banyak mana gambar disnap. Kalau 2 jam tak henti pasti dia akan empty.

Macam bini la, ada baik buruk. Takkan nak ceraikan pulak kalau tak tau lipat baju. Aku dah test drive Olympus, manual semua aku dah baca so aku dah pandai setting mana yang patut. Start sekarang semua gambar dlm blog ni aku ambik pakai Olympus. Toke Olympus tak bayar aku duit, sekadar aku ni pengguna setia die, aku dah kenal hati budinya. Hehe..

Senja di sini




Burung yang disayangi


Andai ku tahu..
sampai tiba ajalku...

Kesian kau burung. Semoga kau berbahagia wahai burung.




Ini burung 'no hidden fees'. Air mandi free, bilik tido free,makan free. Mati masuk tong sampah, tak yah kebumi.

Burung ni tuan dia sangkut kat ampaian. Kalau tuan rumah outing, pasti demam kena hujan.



Tuan rumah ni baru bela burung. Sebelum ni takde.




Tuan rumah ni dah expert. Burung dia pun comel-comel. Nyanyian pun sedop. Sangkar pertama.





Sangkar kedua.










Macro From Digital Camera Olympus

Selipar aku beli dari pasar malam.

Tudung pintu rumah.

Kunci rumah.
Aku suka ambil gambar makro.

Macro shoot




Ini gambar macro dari Olympus aku. Not bad hah... tangan aku nampak lebih cun.

Olympus FE-360


1 November 2008











Banyak betul benda nak buat bila cuti ni. Tapi harini aku dah beli digital camera aku yang pertama. Jakun aku sekejap. Maklumlah semua benda-benda ni bukan ada waktu zaman aku dulu. Aku jarang beli gadget. Sebab tu agaknya budak-budak sekarang agak semacam jek. Agaknya begitulah sama juga dengan teknologi gadget yang makin haru-biru. Asyik kena kejar Megapixel untuk up to date.
Mula2 survey di Careffour. Lepas tu drive to Megamall. Pusing-pusing di kedai-kedai dalam Careffour and Pacific tu tapi takde yang menarik sebab harganya masih kekal mahal. Jeng..jeng rupanya ada Digital Camera Fair di depan pintu Megamall tu. Aku pun terus beli Olympus FE-360.RM 549.00 Termasuk memory card. Sample gambo cam kat atas tu. Not bad kut. Cara promosi dia, hehe buka booth macam kedai askrim bergerak. Display muka camera dan harga. Sapa mau tunjuk je, dan promoter ambik keluar dan test. Sambutan hangat sekali.
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayooo..Aku ta leh tido..sekarang dah 1.40 pagi. Janganlah tuan rumah datang pagi2 buta esok. Dibuatnya aku tak bangun tido lagi. Malasnya aku mau layan kome.



Dinner & Supper


Malam ni aku makan maggi je.Maggi KOSONG.

Musim tak sihat

Panas kebelakangan ini lain macam. Rasa kering di gurun sahara ada. Dan tiba-tiba hujan turun pulak. Aku rasa seram sejuk. Rasa skema jek. Nak demam lah tu. Tapi aku dah telan siap-siap ubat panadol yang klinik kilang aku kasik. Sebab tu aku rasa ala-ala manja nak demam. Selain dari itu aku ada masalah tido. Bila malam mata aku jadi statik je. Otak plak jadi blurr. Nak tido tak mo, nak jaga pun tak mo. Tersiksa jiwa raga aku. Selain dari itu muka aku 70% berparut. Banyak parut belah pipi. Tengah dahi. Kadang-kadang atas hidung. Nampak comotnya aku. Agaknya sebab banyaknya orang puji aku cantik kot.[perasaan ceh!].Banyaknya masalah aku. Hihi....

Depavali 2008


Huhu.Kilang kasi cuti hari ini, Monday, 27/10/08. Boleh giler kalau cuti takde aktiviti.Terperuk kat rumah tengok tv yang 24 jam asyik nak menyanyi je. Semalam ada guest jiran sebelah mai tido rumah aku. Sebab rumah sewa dia in progress ntah apatah yg sumbat, banjir, aku tak tau. Bersepah simen, knocking tools kat rumah sewa dia. Bestnya cuti-cuti ni. Aku cadang nak beli camera sebab aku ni sukalah ambik gambo.Entah bila la nak beli. Duit dah ada tapi aku berpenyakit cerewet sikit nantikanlah bila nak beli. Flyers kat atas tu dapat waktu jalan2 kat KOMTAR. Ada booth sales camera. Harga Oympus FE310.RM399. Ingat nak angkut nanti dulu...kalo tidak dah best pakai. Aku berkenan dgn Olympus kale kuning tu boleh masuk dlm air lagi. RM899. Harga dah turun beb sebab mPixel 10.00 dah keluar. Berbaloi gak aku beli erk. Tapi promosinya sampai hari ni je. Malas le nak naik feri pi KOMTAR tu beli.
Kamera kesayangan aku yang pertama. Olympus tahun 1998. Aku beli dari duit pampasan kilang aku tutup. RM 800. Cash aku beli dan cukopp puas hati. Gambarnya sangatla cantik dan sharp. Tak pernah mengecewakan. Tak boleh berkhidmat lagi sebab zoomnya dah rosak. Tapi kalau nak ambik boleh lagi tapi pakai film la. Sebab tu la aku berkenan dengan Olympus sampai airini.



Jam baru






Seminggu aku pakai jam Rossi Valentino. Aku google asal usul dia. Tak dak. Sah tak glamer. Harga RM 95.00. Beli kedai jam Sunshine Square.







Toke jam: Jangan risau waranty satu tahun untuk enjin, apa-apa boleh bawa mai.

Aku: Tangan saya allergic pada logam yg rosak tu saya tak risau. Saya risau beli mahal tapi tak boleh pakai.

Toke jam: Jangan pakai ketat sangat. Tapi jangan risau ada jaminan kalau rosak.

Aku: Saya tak risau rosak. Saya takut tak boleh pakai sebab tak tahan allergic.

Toke jam:Jangan risau kalau apa-apa boleh bawa mai.

Aku:Saya tak risau rosak, tapi takut tak boleh pakai...

Toke:I risau, kalau U pakai ketat sangat.


Dialog selepas aku confirm beli jam.Aku risau takut allergic, toke jam risau takut aku pakai ketat sangat.Pening. Toke jam ni berani sebab dia dah modified tali jam untuk aku walaupun aku belum bayar lagi. Seminggu aku pakai jam ni dan puas hati. Paling best tangan aku tak gatal. Jam ni belakang face all stainless steel. Bermakna kesemuanya termasuk tali, face belakang adalah stainless steel. Sapa-sapa allergic belilah jam ni. Ingat pesanan toke jam "jangan pakai ketat sangat".















Hari ini jambatan tak jam?

Aku buka mata besar-besar. Aku dah ready nak turn ke Queensbay Mall. Tapi selepas Asar di surau kilang dan keluar dari pintu pagar kilang kira-kira 10 minit kemudian aku dah berada di atas selekoh bridge.Eh! Kenapa ye. Sepatutnya hari ini jambatan akan darurat jam. So aku selamat sampai rumah pukul 7.00 malam tadi. Harap hari-hari le macam tu.Tapi tadi pagi aku punch in 8.36 pagi.Lambat. Sebab ada eksiden di Bagan Ajam. Berterabur limau nipis atas jalan. Kereta rosak teruk, cermin depan kereta hancur.

==================================

Lunch time satu department keluar makan di Kerala.(Indian Food). Sebab bos atas bos aku nak kenalkan dirinya pada kami semua. Baru naik pangkat. Aku nervous bila dalam majlis, esok-esok aku akan lebih agresif.Tunggu dan lihat.

==================================

Aku berbundle. Tempat shopping terbaru. Lokasi Pmtg Pauh, Taman Arowana. Ada pasar mlm situ dan selekoh ke klinik-klinik panel. Kedai betul-betul juntion T. Aku beli dua helai seluar.Best Rm12.00 sahaja.Menangnya aku memakai. Ciri-ciri aku jatuh hati, kain tebal,senang gosok, ngam dengan saiz kaki aku, tak payah modified. Yg penting ELEGAN. Nanti aku cari lagi. Stok baru masuk Khamis dan Sabtu. Toto, selimut, maxi, skirt, lelaki, perempuan, kulit pun ada. Cuma tak best fitting room tiga sahaja, nampak kaki bogel kat bawah sebab gap pintu besar sangat.Lucah.

Jam tangan aku yang elegan

Aku google nama jam Rossi Valentino. Satu habuk pun tak de. Tak glamernya jam ini. Harga RM 95.00. Yang penting nampak elegan dan aku suke.

======================
Aku: Tangan saya allergic pada logam yg rosak tu saya tak risau. Saya risau beli mahal tapi tak boleh pakai.
Toke: Jangan pakai ketat sangat. Tapi jangan risau ada jaminan kalau rosak.
Aku: Saya tak risau rosak. Saya takut tak boleh pakai sebab tak tahan allergic.
Toke:Jangan risau kalau apa-apa boleh bawa mai.
Aku:Saya tak risau rosak, tapi takut tak boleh pakai...
Toke:I risau, kalau U pakai ketat sangat.
=============================
Dialog selepas aku confirm beli jam.Aku risau takut allergic, toke jam risau takut aku pakai ketat sangat.Pening.Toke jam ni berani sebab dia dah modified tali jam untuk aku walaupun aku belum bayar lagi. Seminggu aku pakai jam ni dan puas hati. Paling best tangan aku tak gatal. Jam ni belakang face all stainless steel. Bermakna kesemuanya termasuk tali, face belakang adalah stainless steel. Sapa-sapa allergic belilah jam ni. Ingat pesanan toke jam "jangan pakai ketat sangat".

Cara-cara membuat font gif


Cara-cara memainkan muzik automatik di blog

Ikutlah cara ni, cuma "autostart=True".Muzik untuk blog anda akan auto start.

Always Alone

Aku buntu. Aku terpenjara dlm rumah aku seharian.Aku tak buat pe.Tengok orang beraya.Aku tiada teman, own famili.Pet pun tak de.I have nobody. Me & myself. Adakah sampai akhirnya hidup aku begini? Tak mungkin. Aku amat berharap tahun 2009 nanti semua masalah aku akan tamat. Aku nak mula hidup baru.New fresh air. Oh Tuhan, tolonglah aku.

Iklan Raya Paling Lawak 2008

Juaranya adalah Iklan TV3.Woii..Kucing ke Orang..Kuchinggg..Bodo punyer pencurik.

Iklan raya paling sedih 2008

Pemenangnya adalah... Iklan TM.Very touching.
http://www.youtube.com/watch?v=cuzy9SAepUg

Jubah Raya

Jubah pertama kali aku beli & pakai seumur hidup aku. Harganya jeng..jeng RM 50.00. Sebenornya ini jubah kanak-kanak. Umur awal remaja gitu.Tapi sebab aku cari saiz aku takde so aku beli la jubah ni.Boleh je pakai. Tempat beli kedai kain di Kompleks Kainlan Kepala Batas.

I Miss..

I'm really miss Penang Island. Especially Batu Feringhi. I really miss somebody actually.

Lonely

I'm feel very lonely.

Hari Raya 2008



Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin

Standardlah ucapan ni.S emoga silaturahim berkekalan.Kuih raya saya.

Nak beli jam?




Ini pewangi dibeli dari Living Cabin. Kedai menjual pelbagai cenderamata dan fancy-fancy things. Pewangi ini ada banyak bau. Aku beli Ocean breeze, green tea dan sandalwood. Aku letak dlm kereta.Almari baju dan living room. Paling best bau sandalwood yang lembut dan tahan lama. Cubalah. Living Cabin ni aku kunjung di QueensBay Mall. Aku rasa Jusco Perda pun ada. Bestnya bila buka pintu bau semerbak sandalwood.