Interview hospital swasta

Aku attend satu interview last Friday. Ada tiga penemuduga P1,P2 & P3. Penemuduga yang buat aku pening. Aku mohon gaji RM 3,500 to RM 3,200. Sikit saja aku rasa. P1 yang pertama beria-ia dok kondem gaji yang aku minta. Heran betul aku, bukan nak tanya fungsi tugas aku sekarang. Middle of interview barulah P3 soal aku apa aku buat di company lama sebelum aku keje company di Penang. Yang P2 pula kata "Oklah kita tak mau tengok experience aku di company Penang sebab aku baru join. Sambil tangannya tutup explanation di resume aku. Giler ape!. Sorry to say, dengan pengalaman aku yang dah berlambak ni aku rasa P1 & P2 tak profesional dlm interview aku. P1 & P2 boleh melawak pegang-pegang bahu depan aku. Kau orang ingat di kedai kopi ke. Experience kerja aku kurang tapi experience hidup aku bersepah tau!
P1 kata: U kalau minta gaji macam ni, di KL bolehlah.Tapi gaji Penang tak dapat macam ni.
Aku jawab dlm hati: Encik, kawan saya keje kilang gaji 3-4 ribu duk Kulim je. Dulu dia ni Junior saya je. Saya bodoh ada Diploma, dia untung ada Degree itu je. Saya pun ada Junior budak Cina ada Master in IT from UK, buat keje tak tau kalah dgn aku yang ada Diploma cap ayam ni.
P1 kata: U banyak on programming site tapi administration kurang, kami perlukan orang yang ada experince sikit dalam administration.
Aku jawab dlm hati: Aku dulu keje HR buat Payroll. Tapi aku ni issue warning letter, handle operator histeria. Handle operator yang kat ATMnya hilang, lari dari hostel, yang nak bertumbuk dlm bilik HR pun ada. Operator aku dari Bangla dan Indon. Itu tak administration ke. Dahla resume aku tak baca. Komplen je tau!
P1 kata: U minta gaji macam ni berbanding dengan graduate lain yang umur 28 tahun, sorry to say..(aku dah tak ingat).
Jawab aku dalam hati: Bodohnya P1, kalau kau perlukan Degree buat apa panggil aku yang ada Diploma ni datang interview. Itu bermakna aku selected. Kalau nak employee yang ada degree of course diaorang boleh kasi U Degree paper tapi keje dia pandai buat ke, ada experience ke, tak mo buat keje ke belum tentu lagi. Kalau ko pentingkan kualiti keje, P1 pasti tanya dari A to Z aku buat keje ape. Supaya nanti masuk keje aku tau handle. Ini melalut meracau-racau sampai aku pun tak tau P1 ni apa point dia nak explain. For me U fail as interviewer.
Yang aku nampak P3 je yang ada point bernas tentang keje aku. P3 kata ur experince more on software engineering, so kalau U masuk sini lebih banyak more administration, keje U akan limited. U rasa keje U sekarang ada prospek, aku jawab Yes. So aku rasa aku tak dapat dah kut keje ni. Kalau aku ada Degree not big issue pun. Kalau aku ada Degree, sekarang ni experience aku more> 5 years + HR+Payroll+Purchasing aku rasa dah boleh jadi consultant dah!
So pada bos yang dah qualified jadi interviewer jaga-jagalah waktu interview. Bukan saja anda membawa imej company anda tapi anda juga sedang diperhatikan oleh calon pekerja. Dia akan inform kawan-kawannya yang lain dan bahaya lagi kalau blogger macam aku. Anda melambangkan imej company anda. So kalau sewaktu anda menemuduga candidates yang pada pandangan anda hingusan. Itu adalah pada pandangan anda sahaja. Candidates juga mungkin lebih experience daripada anda, dia mungkin diam waktu anda komplen pendidikannya yang rendah, komunikasi yang tak lancar sebab gementar tapi jika Tuhan dah tetapkan rezeki dia jadi bos anda satu hari nanti, anda pun tak boleh kata apa. Ini bukan interview pertama aku, aku dah attend interview sejak dari 10 tahun lalu. Dari Mesiniaga sampai ke kompeni dalam rumah je. Kalau aku p interview di kompeni yang Melayu punya selalunya begini jadinya. Penemuduga sibuk nak kondem candidates. Main2 depan candidates. Sembang2 depan candidates. Seriuslah sikit! Kalau sektor swasta straight to point tanya apa keje aku buat. Pendidikan diaorang tengok juga tapi taklah extreme sangat pun. Selalunya employer Melayu lebih detail tentang sijil tak baguslah, A, A+, sijil ada kesalahan taip pun nak bising. Bukannya student yang taip, itupun sekolah menengah punya sijil. Main2 yang lebih.
Bak kata aku "Experience is money can't buy and college can't teach". Kalau aku cakap kompeni tu nama apa, satu Malaya tau.

0 ulasan: