Hello Penang here I come

Sudah seminggu aku ulang-alik ke Bayan Lepas, Penang. So far kerja OK, member keje.. semua Cina. Macam biasalah. Waktu perjalanan 1 jam. So 2 jam satu hari. Kena beli touch & go (sentuh dan blah!)RM 110. So kompeni cuma kasi RM 70 untuk subsidi.Aku rasa nak demam sebab sudah sebulan aku pakai duit simpanan. Tambah lagi gaji masuk sekali je, so kena tunggu sampai hujung bulan July nanti(kering tekak aku). Tempat keje ada 3 member dari korporat staff. Lain-lain orang biasa-biasa je termasuk aku. So far aku boleh catch-up.Masalahnya hari Jumaat jem giler nak balik. Last-last aku lepak di Queenbay Mall sampai pukul 9 malam. Ada satu kedai buku nama Border. Boleh baca-baca buku siap ada sofa macam library dan kedai kopi kat dalam tu. Buku pun best-best. Nanti mesti aku selalu lepak sini. Sebab .. tak perlu beli boleh baca je.. hehe. Termasuklah majalah tau. Aku jumpa kedai Ti'zed[ejaan dah lupa]. Seluar dia ngam2 dengan badan aku yang kecik ni. Siap boleh adjust butang lagi tapi cawatnya kecik. Badan aku pulak jenis tinggi rasa tak sedap plak nak pakai.Minyak kereta aku asyik habis je. Macam tangki bocor je. Setakat ni aku dah buh Rm 60.00 untuk seminggu bekerja.Boleh pakai untuk 2 hari je RM 30 tu. Letak petang harini, petang lusa dan nak habis dah.Kete yang aku cat lawa-lawa tu pun kena langgar sikit tepi bumper masa aku parking di kilang. Kilang aku mana ada parking di dalam. So parking je kat mana-mana yang kosong. Aku ada parking tepi simen besar macam pasu bunga tu, memang tepi jalan sikit la. Sapa2 yg bawa kereta sambil tidur tu memang boleh langgar sebab kereta aku tersembul kat situ. Hemmm.. biarkan, duit aku dah nak kering.Tapi kaler merahnya masih cun lagi.

...


Aku lapar...

Best picture



Aku subscribe dari web lincomel so ada gambar ni. Nikmati gambar ni menenangkan. Waaah...

Marah sana sini

Aku saje jek marah sana sini. Mula-mula aku nak marah YouTube. Aku buat camne pun tak keluar-keluar jugak video dia. Dah buang firewell semua, tadi masa aku nak update blog tak boleh sign lak. Check-check firewell blocked. Giler ke apa firewell laptop aku ni! Semua web yang dia nak blocked.Hish! Kereta kecik aku tu dah ada kat bengkel cat. RM 900. So aku harap warnanya pasti tip top. Kalau tak siap la ko aku ketuk dengan spana. Kereta takde so aku takleh pergi mana-mana. Tunggu rumah sampai pening. Kerja aku tidur best-best sebelum start kerja Isnin depan. Aku takut sebenarnya nak kejer maklumlah tempat keje lama, aku asyik makan angin kerja kurang so stamina nak buat keje pun dah hilang p mana tak tau. Lepas tu aku nak marah cuaca. Ah! Panas le cuaca sekarang. Pasang kipas pun tak rasa sejuk. Kalau rumah sendiri dah lama budget nak pasang aircond. Sewa bulan ni aku rasa nak suruh akak tu tolak duit deposit. Dia mau ka? Lagipu boleh aku jimat. Macam tak percaya bulan ni aku bukan ada gaji, tapi boleh hantar kete pergi cat! Ah! lawak-lawak guling. Itulah simplenya hidup sorang. Makan pandai-pandailah..Lagi satu nak marah aku penaatla. Semua keje dalam rumah ni aku kena buat. Basuh baju, sidai, baju, basuh pinggan, sapu lantai, p market, semua & semua aku buat.. yelah nak camne aku kan tinggal sorang! Aku memang dah nak gila. Manusia mana boleh duk sorang-sorang nanti sakit jiwa. Keje Penang nanti aku plan nak angkut semua barang-barang aku letak rumah mak @ kak, pastu pindah p duk Penang, asrama ka, seminggu sekali balik rumah mak. Jimat banyak tu, kepala pun tak pening. Lagipun mak aku setiap Ahad pegi kursus haji dia ada tanya nak join tak? Hehe tak jadi masalah kat aku, tapi itulah semuanya itu underground punya plan. Ntah jadi ntah tidak tak tau! Aku pun nak marah blog aku sendiri, Sebelum ni bila create new post ada link, boleh align font lawa-lawa tapi semua tu hilang.. aku tak tau p mana function tu semua. Tension aku.. Lantakla. So sapa-sapa baca blog ni sorilah kalau preview tak lawa. Function blog aku dah hilang..huhu. Busuk la bau rumah aku ni. Pasti dari tong sampah aku tu. Aku jugak la tu nak kena bersihkan. Dah pukul satu dah ni lepas ni kena makan, aku rasa 2 tiga hari ni stamina makin kurang, lapar sampai ketaq maklumlah punyalah malas nak masak. Kalau dulu lunch time pasti makan sebab keje nampaknya minggu ni aku tak cukup makan hehe.

My Best T-Shirt


T-shirt ni selalu aku pakai. Sejuk je. Aku sangat berkenan dengan baju T yang tangannya slim panjang dan tutup sampai ke tengah telapak tangan. Harganya RM 7.90 je, aku beli di Wisma Kailan, Kepala Batas. Haha! Cari le, tapi aku rasa dah habis kut. Masa aku beli haritu rasanya ini second last.

My Sentimental Present


I like it. Seumur hidup aku belum pernah mendapat present sebatang pen. For my last working day member kilang kasik aku pen di dalam sebuah kotak hadiah silver. Teruja aku. It will be my favourites pen ever! Rasa macam aku ni dah jadi manager lak. Very touching! Sapa baca ni mesti gelak guling-guling sebab aku syok giler dapat sebatang pen.[Eleh pen jek]. Itulah bila ianya amat bermakna pada kita ranting kayu pun berharga.

Last Day Working



Setelah resign aku pun kutip balik barang-barang hak milik aku dari pejabat. Wow! Banyak jugak berat giler aku mengusung.

Dunia ini gilos

Arkh! Aku tension! Aku depress.
Adoi banyaknya masalah berkaitan ketidak adilan di donia ini. Adus![<-ini cerita lain].
[cerita terbaru->]Masalah tayar kereta dah selesai.Aku tukar tayar baru, letak pin dan alignment dekat RM 395.00. Last2 mekanik tu kena ikut aku pergi bank.Ambik ko! Dah agak-agak seribu ringgit aku habiskan untuk maintainance kereta kecik aku tu. Perbaik driveshaft RM540.00 [ejaan tak tau]. Servis minyak hitam RM 60.00 Dan servis yang barang kecik-kecik lainnya dalam RM 40.00. So lepas ni cuti seminggu lepas resign aku nak hantar cat baru. Aku nak kete aku nampak cun skit bila start keje nanti. Kos cat dlm RM 850.00 dan RM 600.00.[tak decide lagi]. Minyak kete makin naik. Ahad malam lepas aku buh RM 23.00 tahan sampai petang Rabu. So tadi aku letak dalam RM 25.00 tengok sampai bila.Dulu-dulu aku letak RM20.00 je utk Isnin-Khamis.
Aku ni suka drive laju-laju sebab aku keluar keje lambat-lambat campuq trafik jem gi. Donia makin gila..
Selain itu aku benci Youtube. Sebab bila bukak asyik dapat error. Aku masih belum dapat solve lagi walaupun dah cuba semua step. Hi! Itu sebab aku benci walaupun web tu tak salah. Aku agak sebab Firewall tapi aku try remove YouTube dari list tak leh gak!

Oven Noxxa dari Amyway


Oven gue beli tahun lepas. Memang best. Masak apa pun jadi dan tahan lasak. Harga Rm 843. Yang selalu aku masak tart telur dan panggang-memanggang. Ini resepi ayam panggang. Resepi yang simple dan sedap. Guna fungsi Broil masak 20 minit untuk 4-5 ketul ayam. Daging ayam dia juicy dan lembut.

Ayam Panggang Simple Jer!

7 ketul isi ayam
Perencah BBQ Knorr
Kicap pekat
Garam
Gula
Gaul semua bahan sebati diatas dan panggang.

Rawatan bibir hitam merekah


Dulu daku ada masalah ni sebabkan bila tak pakai pemerah bibir muka gue nampak macam orang mati. Bila dah bekerjaya begini mestilah tak best asyik nak letak lipstick selalu dekat ofis. Yang happy nyer masalah ni dah hilang melalui kajian kosmetik gue yang dah berjaya. Daku ada try Himalay Neem Face Pack, bila pakai mask ni letak di bibir sekali.Biar kering & cuci dengan span. Lepas tu daku jumpa Maybeline Lipsmooth(Rasberry 04). So sekarang ni daku cuma pakai Lipsmooth ni saje. Keistimewaan yang lain, kalau bibir ada luka atau kering cepat baik. Daku rekomen sebab best untuk daku. Setakat ni dah 3 stick aku pakai. Cari di Watson & Guardian. Cubalah simple jer, harga lebih kurang RM 14.00/Lipsmooth & Himalaya Neem Face Pack RM 18.00 - RM 21.00 [asyik naik je harga dia. Tapi daku tak syorkan Himalaya Fruit Mask.Pedih sangat sampai keluar airmata ni. Entah kenapa? Last-last daku buat mask tangan & kaki, tak rugi tu. Dan lagi satu ada juga beli dia punya mosturizer untuk muka. Tak berapa best gak likat skit macam Brylcreem rambut. So dah tak pakai. Barangan Himalaya yang memula daku try adalah Shampoo rambutnya. Best kepala tak gatal, kelumumur kurang dan rambut kurang kering. Lepas tu pencuci muka gel dia kale hijau. Kalau pakai maskara cuci dengan pencuci muka ni senang hilang.

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-241114-page-9.html

Maybe my future job



Aku kenalkan kerja freelance aku. Typesetter. Aku terjebak secara tidak sengaja selepas berhenti dari sebuah syarikat kertas. Di situ ada juga bahagian publishing. Ada offer untuk aku teruskan kerja yang dah aku tinggalkan sebagai freelance dan gaji pun boleh tahan. Pembacaan aku menerangkan yang pekerjaan yang dilakukan dengan sukahati, minat dan rela akan mendatangkan hasil yang lumayan. Aku baru je terima payment dari bos aku RM 1550 untuk dua judul buku yang aku telah typesettkan. Dengan tamaknya aku kira-kira kalau-kalau dalam sebulan syarikat tu kasik aku 4-5 judul, bermakna RM 600++ untuk sebiji buku. Kaya aku tu!Aku terfikir-fikir satu hari nanti mungkin aku akan terjun secara langsung ke bidang publishing secara tetap sebab;

  • Aku memang berbakat dalam hal-hal berkaitan buku;B.Malaysia, SPM aku dapat A2;Aku penyabar;Aku suka baca buku;Aku suka BUKU;Aku suka library;Koleksi buku aku sama tinggi dengan aku dan sedang bertambah
Tapi; tengok keadaan sebab aku sekarang ni di bidang IT tapi gaji yang aku dapat utk job dua buku sama sebulan gaji aku sebagai orang IT, camne tu..
Untuk pembaca yang masih tercenggang, Typesetter ni orang tengah diantara penulis->editor->typesetter->editor. Editor akan sunting sampai 3pp[aku pun tak tau apa itu]. Di peringkat ini bermakna kesalahan semakin kurang & zero dan jalan cerita menjadi semakin best. Alatan untuk typesett adalah QuarkExpress & Indesign. Keje aku bermakna cuma tukar kesalahan ejaan, buat bab cantik-cantik dan pastikan susun letak huruf cantik untuk printing nanti. Typesett akan marah nak meletup bila editor terpaksa buang satu bab atau edit kritikal di saat-saat dah nak printing. Ini bermakna typesetter terpaksa buka mata luas-luas adjust semula bab demi bab dan pastikan tiada jalan cerita yang hilang setiap muka surat. Standard ketebalan manuskrip adalah 200-500. Sabar ke? Hingga ke harini output aku sebagai freelance typesetter masih tip top. Cuma syarikat ni ekonomi kurang bagus dan job makin tak ade. Kalau sape-sape di luar sana nak ambik daku jadi freelance typesetter [novel] silakan tinggalkan komen ye. Simple je.

Kita ada kuasa minda yang hebat







Aku ada petua ada-ada aje yang sudah dipraktikkan selama setahun jagung ni. Aku terjumpa bila mengoogle, mengkaji dan buat praktis. Salah satunya aku sudah berjaya mendapat gaji RM 2,300 yang merupakan salah satu impian aku.[Aku fokus RM 2,500, tapi oklahtu] Konsepnya mudah 'Thought Become Things'. Caranya tulis impian anda di atas kertas dan lekatkan di dinding yang selalu mata anda memandang. Secara tidak sedar minda anda sedang merakam dan bekerja untuk mendapatkannya tanpa anda sedar. Bila anda akan sedar? Bila anda telah mendapatnya! Cabang minda bawah sedar ini luas, ia juga boleh membuatkan orang lain mengikut kehendak kita tanpa mereka sedari.
Link yang best untuk dalami konsep minda;
Selain dari itu, impian aku nak bekerja di Bayan Lepas. Mungkin sebab gaji dibayar tinggi, banyak shopping kompleks lagipun Penang kan cantik panoramanya. Aku selalu ronda-ronda disitu sambil melihat kilang MNC yang gah dan berkata 'bestnya kalau aku dapat keje di sini' dan bayangkan bagaimana hati daku gembira sekali kalau sudah mendapatnya.. dan aku sudah berjaya, bulan depan daku start keje di MNC, Bayan Lepas, Penang dengan gaji yang aku idamkan!Insya-Allah. Kalau berjaya nanti jangan lupa sedekah ye..



Bila hilang fokus

Fikiran yang melompat-lompat ke sana sini menunjukkan kita kehilangan tumpuan akibat masalah kurang tidur, fikiran yang letih dan terlalu memikirkan masalah. Ada artikel memberitahu ia juga bermaksud ada individu yang sedang MEMIKIRKAN tentang anda, bermaksud aura fikirannya sedang memfokus kepada anda dan fikiran anda telah terganggu akibat gelombang tersebut. Daku pernah alami masalah ini dan salah satu cara mengatasinya seperti di bawah. Daku dah try dan berkesan cubalah simple je!

  • Concentration exercises
    • Take a book and count the words in any one paragraph. Count them again to be sure that you have counted them correctly. Start with one paragraph and when it becomes easier, count the words in a whole page. Perform the counting mentally and only with your eyes, without pointing you finger at each word.
      Exercise 2
    • Count backwards in your mind, from one hundred to one.
      Exercise 3
    • Count in your mind from one hundred to one, skipping each three numbers, that is 100, 97, 94, etc.
      Exercise 4
    • Choose an inspiring word, or just a simple sound, and repeat it silently in your mind for five minutes. When your mind can concentrate more easily, try to reach ten minutes of uninterrupted concentration.
      Exercise 5
    • Take a fruit, an apple for example, and look at it from all sides. Concentrate your attention on it and examine it from all sides. Devote the whole session to concentrating on it. Do not be carried away by irrelevant thoughts that arise. Stay with the apple. It could be any other fruit. Look at it and do not think about the shop were you bought it, about the way it is grown, its nutritive value etc, only about the object in front of you. Just look at it, see it, smell it and touch it.
      Exercise 6
    • This is the same as exercise number 5, only that this time you visualize the fruit with your eyes closed. Start by performing again exercise number 5 for five minutes, and then do this one. Try to see, feel, taste, smell the fruit in you imagination. Try to see a clear and well defined image. If difficulties arise open your eyes, look at the fruit, close them again and continue the exercise.
      Exercise 7
    • Take a small simple object such as a spoon, a fork, or a glass. Concentrate on one of these objects. Watch the object from all sides without any verbalization, that is, with no words in your mind. Just watch the object without thinking with words about it.
      Exercise 8
    • After becoming proficient in the above exercises, you can come to this exercise. Draw a small geometrical figure, about three inches in size, such as a triangle, a rectangular or a circle, paint it with any color you wish, and concentrate on it. You should see only the figure, nothing else. Only the figure exists for you now, with no unrelated thoughts or any distractions. Try not to think with words during the exercise. Watch the figure in front of you and that's it. Try not to strain your eyes.
      Exercise 9
    • The same as number 8, only this time visualize the figure with the eyes closed. As before, if you forget how the figure looks like, open your eyes for a few seconds and watch the figure and then close your eyes and continue with the exercise.
      Exercise 10
    • The same as above in number 9 but the eyes open.
      Exercise 11
    • Try for at least five minutes, to stay without thoughts. This exercise is to be attempted only after all the previous ones have been performed successfully. The previous exercises, if practiced correctly, will endow you with the ability to impose silence on your thoughts. In time it will become easier and easier.

Skrub badan dari beras


Aku kenalkan resepi kecantikan aku. Skrub ada-ada aje dari beras. Ambil beras senggengam dan blender sampai halus macam serbuk. Bila nak pakai bancuh dengan air dan bahan-bahan lain yang sesuai untuk masalah kulit.Daku suka campur dengan susu serbuk, minyak zaitun, santan cair, asam jawa, madu atau apa-apa ajelah. Gosok satu badan termasuk muka biar sedikit kering dan gosok-gosok. Simple je tapi best macam kulit baby..

VDownloader untuk video di Youtube

Bila dah jumpa video yang best-best di Youtube guna program ni untuk download video dan save di dalam PC. Inilah dia..
http://www.vdownloader.es/

Pakcik Larry - Youtube

Berjalan-jalan di Youtube terjumpa video pakcik ni. Orangnya biasa je tapi bakat seninya best!.
http://www.youtube.com/user/podline6

Misteri Nasi Kenduri


Sebungkus plastik biru dalamnya ada tupperware bulat beserta nasi kenduri percuma. Eik! Aku tak tahu siapa yang kasik pada aku so aku tak makan. Mungkin orang yang beri salah rumah, mungkin orang yang aku kenal kasik, mungkin & mungkin.. tapi yang pasti sampai hari ni tak dak sapa yang mengaku!

Aku naik minyak



Secara rasmi minyak mengalami kenaikan ke RM 2.70. Dua tiga hari kemudian harga barangan lain pun turut serta. Aku sedih sebab perbezaan meter minyak kereta aku sebelum dan selepas kenaikan harga sebanyak satu jari tunjuk daku. HUHU! Bermakna aku kehilangan hampir dua hari bertenang selepas setiap kali mengisi minyak di Petronas. Nampaknya takdak harapan untuk daku tukar kereta yang lebih selesa selepas aku bertukar kerja nanti. Rakyat demontrasi sana-sini pun kerajaan buat pekak. Aku kurang yakin dengan pemerintahan kerajaan yang sedia ada sebab aku tak nampak mereka BUAT KERJA dengan serius. Malaysia dah lama merdeka, hasil bumi melimpah ruah, kalau betul-betul memerintah dengan serius rakyat Malaysia akan menikmati kemakmuran lebih dari negeri Temasik yang hanya dikelilingi air itu. Hasil kerja main-main orang yang bertanggungjawab juga kita telah memberikan sebuah lagi pulau kepada negeri Temasik itu. Sekarang pulau itu disebut Pulau Putih Mata. Dua tiga hari kemudian rakyat berkemampuan berpusu-pusu ke bengkel NGV pula untuk ubahsuai kereta bagi tenaga murah dan alternative. Nampaknya rakyat yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah global ini. Kerajaan nampaknya sambung TIDUR balik. GRRrrrr..zzzz
    • Tak Tumbuh Tak melata
      Tak Sungguh Orang Tak kata