Muslim Dress







Kaligrafi Chinese Muslim


Muslim woman 19th century


Hijab->fashion->work


Aku gemar mix&match fashion baju aku. Ini panduan untuk semua..http://hijabstyle.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

Programming yang mengasyikkan

Sejak aku join kompeni baru, barulah berpeluang merasai bestnya buat programming. Bos aku pun best je. So aku pun buat keje sukahati aku. Yang penting kerja aku siap sebagaimana yang dia nak. Tak susah sebenarnya programming ni. Bila dah pandai teknik dan commandnya, itulah yang akan diulang-ulang. Tak kiralah bahasa programming apa yang digunakan. Kalau rajin nak eksperimen satu help file pun tak ada masalah. Yang penting fokus. Kalau otak kita asyik mengelamun je cari ubat itu dahulu. Sebab bila otak mengelamun, macam mana nak programming. Programming pun pakai otak, angan-angan pun pakai otak. Yang mana satu nak proses. Logiklah. Ini logik yang aku pakai untuk cari perbezaan waktu.

Private Sub Command1_Click()
Dim dtDiff, ENDTIME, BEGINTIME As Date
ENDTIME = #4:48:00 PM#
BEGINTIME = #4:05:00 PM#
dtDiff = ENDTIME - BEGINTIME
MYFUNC = Format(dtDiff, "hh:nn")

Kete dan minyak

Bodohnye aku. Selama ini aku ingat kete aku boleh letak minyak Rm30. Sahaja. Tapi sejak minyak naik baru aku yakin kete aku boleh telan dekat RM50.00 minyak. Sekarang aku selalu letak RM30-40 paling banyak. Kalau Rm 30 tahan dua hari je. Penat aku.

Can't display login website

Hari ini ada msalah login to Yahoo account juga login to Maybank2u. Sebabnya aku tak tandakan SSL layar di IE. Caranya IE->TOOLS->internet options->advance->security. Pastikan SSL ditandakan semuanya.

Merangsang deria bau

Stay alert and combat fatigue through positive thinking and aromatherapy with this Affirmation Oil combination ...
  • Peppermint: Increases alertness
  • Rosemary: Builds awareness
  • Eucalyptus: Raises oxygen through deep breathing
  • Cedarwood: Mental stimulant
  • Ravensara: Reduces fatigue

Affirmation: “As I breathe in peppermint, rosemary, eucalyptus and cedarwood, I feel energized and alert.”

U

YOU
You are the creator of your life.
You are the guardian of your life.
You are the developer of your life relationships.
You are the caretaker of yourself and life ventures.
You are the helpful one in your life.
You are the one to gain and possess the knowledge for your life.
You are the comptroller of your life finances.
You are the designer of your life environment.
You are the NOW and the FUTURE of your life.
-- Janet L. Hall

YOU are the only one that can take action and register to be a part of this energy moving makeover!

Interview hospital swasta

Aku attend satu interview last Friday. Ada tiga penemuduga P1,P2 & P3. Penemuduga yang buat aku pening. Aku mohon gaji RM 3,500 to RM 3,200. Sikit saja aku rasa. P1 yang pertama beria-ia dok kondem gaji yang aku minta. Heran betul aku, bukan nak tanya fungsi tugas aku sekarang. Middle of interview barulah P3 soal aku apa aku buat di company lama sebelum aku keje company di Penang. Yang P2 pula kata "Oklah kita tak mau tengok experience aku di company Penang sebab aku baru join. Sambil tangannya tutup explanation di resume aku. Giler ape!. Sorry to say, dengan pengalaman aku yang dah berlambak ni aku rasa P1 & P2 tak profesional dlm interview aku. P1 & P2 boleh melawak pegang-pegang bahu depan aku. Kau orang ingat di kedai kopi ke. Experience kerja aku kurang tapi experience hidup aku bersepah tau!
P1 kata: U kalau minta gaji macam ni, di KL bolehlah.Tapi gaji Penang tak dapat macam ni.
Aku jawab dlm hati: Encik, kawan saya keje kilang gaji 3-4 ribu duk Kulim je. Dulu dia ni Junior saya je. Saya bodoh ada Diploma, dia untung ada Degree itu je. Saya pun ada Junior budak Cina ada Master in IT from UK, buat keje tak tau kalah dgn aku yang ada Diploma cap ayam ni.
P1 kata: U banyak on programming site tapi administration kurang, kami perlukan orang yang ada experince sikit dalam administration.
Aku jawab dlm hati: Aku dulu keje HR buat Payroll. Tapi aku ni issue warning letter, handle operator histeria. Handle operator yang kat ATMnya hilang, lari dari hostel, yang nak bertumbuk dlm bilik HR pun ada. Operator aku dari Bangla dan Indon. Itu tak administration ke. Dahla resume aku tak baca. Komplen je tau!
P1 kata: U minta gaji macam ni berbanding dengan graduate lain yang umur 28 tahun, sorry to say..(aku dah tak ingat).
Jawab aku dalam hati: Bodohnya P1, kalau kau perlukan Degree buat apa panggil aku yang ada Diploma ni datang interview. Itu bermakna aku selected. Kalau nak employee yang ada degree of course diaorang boleh kasi U Degree paper tapi keje dia pandai buat ke, ada experience ke, tak mo buat keje ke belum tentu lagi. Kalau ko pentingkan kualiti keje, P1 pasti tanya dari A to Z aku buat keje ape. Supaya nanti masuk keje aku tau handle. Ini melalut meracau-racau sampai aku pun tak tau P1 ni apa point dia nak explain. For me U fail as interviewer.
Yang aku nampak P3 je yang ada point bernas tentang keje aku. P3 kata ur experince more on software engineering, so kalau U masuk sini lebih banyak more administration, keje U akan limited. U rasa keje U sekarang ada prospek, aku jawab Yes. So aku rasa aku tak dapat dah kut keje ni. Kalau aku ada Degree not big issue pun. Kalau aku ada Degree, sekarang ni experience aku more> 5 years + HR+Payroll+Purchasing aku rasa dah boleh jadi consultant dah!
So pada bos yang dah qualified jadi interviewer jaga-jagalah waktu interview. Bukan saja anda membawa imej company anda tapi anda juga sedang diperhatikan oleh calon pekerja. Dia akan inform kawan-kawannya yang lain dan bahaya lagi kalau blogger macam aku. Anda melambangkan imej company anda. So kalau sewaktu anda menemuduga candidates yang pada pandangan anda hingusan. Itu adalah pada pandangan anda sahaja. Candidates juga mungkin lebih experience daripada anda, dia mungkin diam waktu anda komplen pendidikannya yang rendah, komunikasi yang tak lancar sebab gementar tapi jika Tuhan dah tetapkan rezeki dia jadi bos anda satu hari nanti, anda pun tak boleh kata apa. Ini bukan interview pertama aku, aku dah attend interview sejak dari 10 tahun lalu. Dari Mesiniaga sampai ke kompeni dalam rumah je. Kalau aku p interview di kompeni yang Melayu punya selalunya begini jadinya. Penemuduga sibuk nak kondem candidates. Main2 depan candidates. Sembang2 depan candidates. Seriuslah sikit! Kalau sektor swasta straight to point tanya apa keje aku buat. Pendidikan diaorang tengok juga tapi taklah extreme sangat pun. Selalunya employer Melayu lebih detail tentang sijil tak baguslah, A, A+, sijil ada kesalahan taip pun nak bising. Bukannya student yang taip, itupun sekolah menengah punya sijil. Main2 yang lebih.
Bak kata aku "Experience is money can't buy and college can't teach". Kalau aku cakap kompeni tu nama apa, satu Malaya tau.

Buku Jangan Bersedih


Buku ni best. Antara best seller. Harga RM30.00. Sebab beli isi kandungan menghilangkan stress. Menghilangkan sedih. Menjadikan pembaca redha dengan segala musibah yang berlaku.
Selain itu aku pernah dengar Dr. Fadilah Khamsah kata lebih kurang gini "Apa2 ujian yang berlaku kepada kita, it's for your own good!". Ayat ini aku kenang sampai harini. Memang tepat ayat ini lebih-lebih lagi aku ni banyak diajar dari pengalaman. Kalau orang selalu kutuk-kutuk kita kata-kata ni ditujukan utk mereka. Petikan Jangan Bersedih.
Aku tidak peduli adakah kambing hitam mencela dengan kesedihan atau tukang
cela mengherdikku dari balik punggungku

Membuang sampah PC anda

Inilah link untuk download ccleaner. Apa itu? Ia aplikasi yang dijalankan untuk memadamkan semua address laman web yang di lawati, temp file dan file-file temporary yang tidak perlu untuk komputer kita. Aplikasi ni akan pilih sendiri, yang itu tak perlu kita tau. Pendek kata sampah, plastik dan kotak-kotak yang kita nak simpan pun boleh dan buang lagi bagus. Ia juga baik untuk kesihatan PC kita sebab ia membuang file-file yang tidak perlu. So tak perlulah pergi Internet Explorer, Tools, options dan clear history.Panjang step tu. Pakai ni simple je.
http://www.ccleaner.com/

Padam semua sejarah


Inilah link untuk download ccleaner. Apa itu? Ia aplikasi yang dijalankan untuk memadamkan semua address laman web yang di lawati, temp file dan file-file temporary yang tidak perlu untuk komputer kita. Pendek kata sampah,plastik dan kotak-kotak yang kita nak simpan pun boleh dan buang lagi bagus. Ia juga baik untuk kesihatan PC kita sebab ia membuang file-file yang tidak perlu. So tak perlulah pergi Internet Explorer, Tools, options dan clear history.Panjang step tu.

YouTube video problem

Aku dah tau sebab aku takleh tengok video di YouTube. Caranya fully uninstall dan install kembali aplikasi flashnya. Lepas tu dia akan okay. Sebabnya jadi camtu tak tau. Tapi kena buat selalu sebab kadang-kadang dia ada problem yang sama jugak. Pakai link ni dan ikut arahannya. http://kb.adobe.com/selfservice/viewContent.do?externalId=tn_14157&sliceId=1
The End.

Happy Together

Hope this song cheer u up, same like this song always make me smile...:))

Happy Together




Hope this song cheer all of u, same like this song always make me smile...

Kereta aku buat hal lak. Enjin temperature tinggi. Bengkel kasitau fan mati dan kena cuci, apatah sumbat. RM278 melayang. Lepas tu cakap tangki air bocor lak. Nanti Monday suruh mai tukar. Gila punya bengkel. Yang aku tau tangki air aku ok je, lepas diorang baiki bocor la. Panas telinga aku. Dah dua hari aku bawak kereta aku tu temperature tinggi. Aku tau. Tapi aku dah faham sangat kete aku ni, walaupun sakit masih berbakti. Kete aku tetap jalan dengan setianya. Aku perasan waktu lepas bayar tol, jem dan tengok suhu dah cecah "H". Berpeluh aku. Sebab kete boleh padam bila-bila masa. Sebab tu bila jambatan jam aku tak boleh balik kecuali pakai feri. Queue ke feri hampir 1km lebih. Kalau balik ikut jambatan mau mati kete aku tengah jalan. Pengalaman aku yang lepas sedang pecut laju kete padam, lampu meter merah semuanya, kasi signal emergency, dgn kelajuan yang nyawa-nyawa ikan perlahan aku masuk ke lorong kecemasan. Sebab tangki air dah kering, bocor ke apa tak tau tapi bengkel cakap memang kritikal. Selang 15 di lorong kecemasan waktu itu, aku hidupkan suis, dengan setianya kete aku jalan jugak walaupun separuh pengsan. So kepada semua rajin-rajin check enjin dan kawan-kawan rapatnya. Keretaku walaupun dah tua dan kecik I luv u..

Penatnya hidup


Penat. Dua hari lepas sampai rumah hampir 12.15 malam. Jambatan jem. Feri jem. Daruratnya jem. Aku out from office 8.12 so 4 jam ambik masa sampai rumah. "Ingatan dari Penangite". Sesiapa nak ke Penang jangan pergi hari Jumaat nanti tak boleh balik mainland sebab jem. Programming bos beri tak settle lagi. Tapi aku suka sebab banyak belajar, cuma masih blur tak tau nak pakai method apa dan aku lemah sikit programming sebab tak pro sangat maklumlah semuanya aku belajar sendiri bukannya ada degree. Diploma aku usianya 10 tahun sudah, teknologi pun dah ubah banyak. Ingat nak sambung Degree tapi aku tak nampak banyak untungnya cuma ilmu IT aku refresh new teknologi.Hemmm...http://www.oum.edu.my/portal/