Dinner & Supper


Malam ni aku makan maggi je.Maggi KOSONG.

Musim tak sihat

Panas kebelakangan ini lain macam. Rasa kering di gurun sahara ada. Dan tiba-tiba hujan turun pulak. Aku rasa seram sejuk. Rasa skema jek. Nak demam lah tu. Tapi aku dah telan siap-siap ubat panadol yang klinik kilang aku kasik. Sebab tu aku rasa ala-ala manja nak demam. Selain dari itu aku ada masalah tido. Bila malam mata aku jadi statik je. Otak plak jadi blurr. Nak tido tak mo, nak jaga pun tak mo. Tersiksa jiwa raga aku. Selain dari itu muka aku 70% berparut. Banyak parut belah pipi. Tengah dahi. Kadang-kadang atas hidung. Nampak comotnya aku. Agaknya sebab banyaknya orang puji aku cantik kot.[perasaan ceh!].Banyaknya masalah aku. Hihi....

Depavali 2008


Huhu.Kilang kasi cuti hari ini, Monday, 27/10/08. Boleh giler kalau cuti takde aktiviti.Terperuk kat rumah tengok tv yang 24 jam asyik nak menyanyi je. Semalam ada guest jiran sebelah mai tido rumah aku. Sebab rumah sewa dia in progress ntah apatah yg sumbat, banjir, aku tak tau. Bersepah simen, knocking tools kat rumah sewa dia. Bestnya cuti-cuti ni. Aku cadang nak beli camera sebab aku ni sukalah ambik gambo.Entah bila la nak beli. Duit dah ada tapi aku berpenyakit cerewet sikit nantikanlah bila nak beli. Flyers kat atas tu dapat waktu jalan2 kat KOMTAR. Ada booth sales camera. Harga Oympus FE310.RM399. Ingat nak angkut nanti dulu...kalo tidak dah best pakai. Aku berkenan dgn Olympus kale kuning tu boleh masuk dlm air lagi. RM899. Harga dah turun beb sebab mPixel 10.00 dah keluar. Berbaloi gak aku beli erk. Tapi promosinya sampai hari ni je. Malas le nak naik feri pi KOMTAR tu beli.
Kamera kesayangan aku yang pertama. Olympus tahun 1998. Aku beli dari duit pampasan kilang aku tutup. RM 800. Cash aku beli dan cukopp puas hati. Gambarnya sangatla cantik dan sharp. Tak pernah mengecewakan. Tak boleh berkhidmat lagi sebab zoomnya dah rosak. Tapi kalau nak ambik boleh lagi tapi pakai film la. Sebab tu la aku berkenan dengan Olympus sampai airini.



Jam baru






Seminggu aku pakai jam Rossi Valentino. Aku google asal usul dia. Tak dak. Sah tak glamer. Harga RM 95.00. Beli kedai jam Sunshine Square.







Toke jam: Jangan risau waranty satu tahun untuk enjin, apa-apa boleh bawa mai.

Aku: Tangan saya allergic pada logam yg rosak tu saya tak risau. Saya risau beli mahal tapi tak boleh pakai.

Toke jam: Jangan pakai ketat sangat. Tapi jangan risau ada jaminan kalau rosak.

Aku: Saya tak risau rosak. Saya takut tak boleh pakai sebab tak tahan allergic.

Toke jam:Jangan risau kalau apa-apa boleh bawa mai.

Aku:Saya tak risau rosak, tapi takut tak boleh pakai...

Toke:I risau, kalau U pakai ketat sangat.


Dialog selepas aku confirm beli jam.Aku risau takut allergic, toke jam risau takut aku pakai ketat sangat.Pening. Toke jam ni berani sebab dia dah modified tali jam untuk aku walaupun aku belum bayar lagi. Seminggu aku pakai jam ni dan puas hati. Paling best tangan aku tak gatal. Jam ni belakang face all stainless steel. Bermakna kesemuanya termasuk tali, face belakang adalah stainless steel. Sapa-sapa allergic belilah jam ni. Ingat pesanan toke jam "jangan pakai ketat sangat".















Hari ini jambatan tak jam?

Aku buka mata besar-besar. Aku dah ready nak turn ke Queensbay Mall. Tapi selepas Asar di surau kilang dan keluar dari pintu pagar kilang kira-kira 10 minit kemudian aku dah berada di atas selekoh bridge.Eh! Kenapa ye. Sepatutnya hari ini jambatan akan darurat jam. So aku selamat sampai rumah pukul 7.00 malam tadi. Harap hari-hari le macam tu.Tapi tadi pagi aku punch in 8.36 pagi.Lambat. Sebab ada eksiden di Bagan Ajam. Berterabur limau nipis atas jalan. Kereta rosak teruk, cermin depan kereta hancur.

==================================

Lunch time satu department keluar makan di Kerala.(Indian Food). Sebab bos atas bos aku nak kenalkan dirinya pada kami semua. Baru naik pangkat. Aku nervous bila dalam majlis, esok-esok aku akan lebih agresif.Tunggu dan lihat.

==================================

Aku berbundle. Tempat shopping terbaru. Lokasi Pmtg Pauh, Taman Arowana. Ada pasar mlm situ dan selekoh ke klinik-klinik panel. Kedai betul-betul juntion T. Aku beli dua helai seluar.Best Rm12.00 sahaja.Menangnya aku memakai. Ciri-ciri aku jatuh hati, kain tebal,senang gosok, ngam dengan saiz kaki aku, tak payah modified. Yg penting ELEGAN. Nanti aku cari lagi. Stok baru masuk Khamis dan Sabtu. Toto, selimut, maxi, skirt, lelaki, perempuan, kulit pun ada. Cuma tak best fitting room tiga sahaja, nampak kaki bogel kat bawah sebab gap pintu besar sangat.Lucah.

Jam tangan aku yang elegan

Aku google nama jam Rossi Valentino. Satu habuk pun tak de. Tak glamernya jam ini. Harga RM 95.00. Yang penting nampak elegan dan aku suke.

======================
Aku: Tangan saya allergic pada logam yg rosak tu saya tak risau. Saya risau beli mahal tapi tak boleh pakai.
Toke: Jangan pakai ketat sangat. Tapi jangan risau ada jaminan kalau rosak.
Aku: Saya tak risau rosak. Saya takut tak boleh pakai sebab tak tahan allergic.
Toke:Jangan risau kalau apa-apa boleh bawa mai.
Aku:Saya tak risau rosak, tapi takut tak boleh pakai...
Toke:I risau, kalau U pakai ketat sangat.
=============================
Dialog selepas aku confirm beli jam.Aku risau takut allergic, toke jam risau takut aku pakai ketat sangat.Pening.Toke jam ni berani sebab dia dah modified tali jam untuk aku walaupun aku belum bayar lagi. Seminggu aku pakai jam ni dan puas hati. Paling best tangan aku tak gatal. Jam ni belakang face all stainless steel. Bermakna kesemuanya termasuk tali, face belakang adalah stainless steel. Sapa-sapa allergic belilah jam ni. Ingat pesanan toke jam "jangan pakai ketat sangat".

Cara-cara membuat font gif


Cara-cara memainkan muzik automatik di blog

Ikutlah cara ni, cuma "autostart=True".Muzik untuk blog anda akan auto start.

Always Alone

Aku buntu. Aku terpenjara dlm rumah aku seharian.Aku tak buat pe.Tengok orang beraya.Aku tiada teman, own famili.Pet pun tak de.I have nobody. Me & myself. Adakah sampai akhirnya hidup aku begini? Tak mungkin. Aku amat berharap tahun 2009 nanti semua masalah aku akan tamat. Aku nak mula hidup baru.New fresh air. Oh Tuhan, tolonglah aku.

Iklan Raya Paling Lawak 2008

Juaranya adalah Iklan TV3.Woii..Kucing ke Orang..Kuchinggg..Bodo punyer pencurik.

Iklan raya paling sedih 2008

Pemenangnya adalah... Iklan TM.Very touching.
http://www.youtube.com/watch?v=cuzy9SAepUg

Jubah Raya

Jubah pertama kali aku beli & pakai seumur hidup aku. Harganya jeng..jeng RM 50.00. Sebenornya ini jubah kanak-kanak. Umur awal remaja gitu.Tapi sebab aku cari saiz aku takde so aku beli la jubah ni.Boleh je pakai. Tempat beli kedai kain di Kompleks Kainlan Kepala Batas.

I Miss..

I'm really miss Penang Island. Especially Batu Feringhi. I really miss somebody actually.

Lonely

I'm feel very lonely.

Hari Raya 2008



Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin

Standardlah ucapan ni.S emoga silaturahim berkekalan.Kuih raya saya.