Macro shoot




Ini gambar macro dari Olympus aku. Not bad hah... tangan aku nampak lebih cun.

Olympus FE-360


1 November 2008











Banyak betul benda nak buat bila cuti ni. Tapi harini aku dah beli digital camera aku yang pertama. Jakun aku sekejap. Maklumlah semua benda-benda ni bukan ada waktu zaman aku dulu. Aku jarang beli gadget. Sebab tu agaknya budak-budak sekarang agak semacam jek. Agaknya begitulah sama juga dengan teknologi gadget yang makin haru-biru. Asyik kena kejar Megapixel untuk up to date.
Mula2 survey di Careffour. Lepas tu drive to Megamall. Pusing-pusing di kedai-kedai dalam Careffour and Pacific tu tapi takde yang menarik sebab harganya masih kekal mahal. Jeng..jeng rupanya ada Digital Camera Fair di depan pintu Megamall tu. Aku pun terus beli Olympus FE-360.RM 549.00 Termasuk memory card. Sample gambo cam kat atas tu. Not bad kut. Cara promosi dia, hehe buka booth macam kedai askrim bergerak. Display muka camera dan harga. Sapa mau tunjuk je, dan promoter ambik keluar dan test. Sambutan hangat sekali.
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayooo..Aku ta leh tido..sekarang dah 1.40 pagi. Janganlah tuan rumah datang pagi2 buta esok. Dibuatnya aku tak bangun tido lagi. Malasnya aku mau layan kome.



Dinner & Supper


Malam ni aku makan maggi je.Maggi KOSONG.

Musim tak sihat

Panas kebelakangan ini lain macam. Rasa kering di gurun sahara ada. Dan tiba-tiba hujan turun pulak. Aku rasa seram sejuk. Rasa skema jek. Nak demam lah tu. Tapi aku dah telan siap-siap ubat panadol yang klinik kilang aku kasik. Sebab tu aku rasa ala-ala manja nak demam. Selain dari itu aku ada masalah tido. Bila malam mata aku jadi statik je. Otak plak jadi blurr. Nak tido tak mo, nak jaga pun tak mo. Tersiksa jiwa raga aku. Selain dari itu muka aku 70% berparut. Banyak parut belah pipi. Tengah dahi. Kadang-kadang atas hidung. Nampak comotnya aku. Agaknya sebab banyaknya orang puji aku cantik kot.[perasaan ceh!].Banyaknya masalah aku. Hihi....

Depavali 2008


Huhu.Kilang kasi cuti hari ini, Monday, 27/10/08. Boleh giler kalau cuti takde aktiviti.Terperuk kat rumah tengok tv yang 24 jam asyik nak menyanyi je. Semalam ada guest jiran sebelah mai tido rumah aku. Sebab rumah sewa dia in progress ntah apatah yg sumbat, banjir, aku tak tau. Bersepah simen, knocking tools kat rumah sewa dia. Bestnya cuti-cuti ni. Aku cadang nak beli camera sebab aku ni sukalah ambik gambo.Entah bila la nak beli. Duit dah ada tapi aku berpenyakit cerewet sikit nantikanlah bila nak beli. Flyers kat atas tu dapat waktu jalan2 kat KOMTAR. Ada booth sales camera. Harga Oympus FE310.RM399. Ingat nak angkut nanti dulu...kalo tidak dah best pakai. Aku berkenan dgn Olympus kale kuning tu boleh masuk dlm air lagi. RM899. Harga dah turun beb sebab mPixel 10.00 dah keluar. Berbaloi gak aku beli erk. Tapi promosinya sampai hari ni je. Malas le nak naik feri pi KOMTAR tu beli.
Kamera kesayangan aku yang pertama. Olympus tahun 1998. Aku beli dari duit pampasan kilang aku tutup. RM 800. Cash aku beli dan cukopp puas hati. Gambarnya sangatla cantik dan sharp. Tak pernah mengecewakan. Tak boleh berkhidmat lagi sebab zoomnya dah rosak. Tapi kalau nak ambik boleh lagi tapi pakai film la. Sebab tu la aku berkenan dengan Olympus sampai airini.



Jam baru






Seminggu aku pakai jam Rossi Valentino. Aku google asal usul dia. Tak dak. Sah tak glamer. Harga RM 95.00. Beli kedai jam Sunshine Square.







Toke jam: Jangan risau waranty satu tahun untuk enjin, apa-apa boleh bawa mai.

Aku: Tangan saya allergic pada logam yg rosak tu saya tak risau. Saya risau beli mahal tapi tak boleh pakai.

Toke jam: Jangan pakai ketat sangat. Tapi jangan risau ada jaminan kalau rosak.

Aku: Saya tak risau rosak. Saya takut tak boleh pakai sebab tak tahan allergic.

Toke jam:Jangan risau kalau apa-apa boleh bawa mai.

Aku:Saya tak risau rosak, tapi takut tak boleh pakai...

Toke:I risau, kalau U pakai ketat sangat.


Dialog selepas aku confirm beli jam.Aku risau takut allergic, toke jam risau takut aku pakai ketat sangat.Pening. Toke jam ni berani sebab dia dah modified tali jam untuk aku walaupun aku belum bayar lagi. Seminggu aku pakai jam ni dan puas hati. Paling best tangan aku tak gatal. Jam ni belakang face all stainless steel. Bermakna kesemuanya termasuk tali, face belakang adalah stainless steel. Sapa-sapa allergic belilah jam ni. Ingat pesanan toke jam "jangan pakai ketat sangat".