Dilemma

Dilema bermaksud permasalahan yang timbul untuk membuat pilihan. Itu maksud dari kamus aku sendiri.Har..har..har. Memang aku dilema. Aku terpilih pulak dalam interview hospital swasta yang aku kondem kaw2 tempohari. Aku ambik offer letter dan terkejut beruk gaji yang diaorang kasik amatlah rendah untuk jawatan department head it. Adaka nak kasi aku RM 2300. sahaja. Dah tu tak discuss ngan aku la. Kata mereka berdasarkan merit dan skill aku. Memang bengong la kompeni ni. Maukah aku join kompeni ini? Ramai yang suroh join bila aku tanya. Join2 la..bagus tu..masuk dulu..Masalah utama aku sayang keje aku sekarang. Kalau tak tau mereka antar aku traning. Ajar aku. Mereka jaga aku elok2. Aku boleh jadi terror dlam 2&3 tahun ni. Kalo aku resign habislah knowledge aku. Katakan aku tak seronok keje kat sana, takkan jumpa dah kompeni sekrg ni. Kalau Hospital ni kasi aku RM 3000 pun dah cukup. Esok aku leh kasik surat resign. Apala bengong punya hospital swasta..cawangan sana sini.kolej pun berlambak.oversea pun ada...haprak sunggoh!Tapi sampai sekarang pun aku masih malas nak fikir nak terima ka tak? Tak mo lah.. Mcm nak call kompeni tu dan kasik tao"Puan, saya reject offer tu sebab gaji yang ditetapkan bukan di dalam range yang saya minta..sekian!" Haha padan muka...mereka..

R&R Pantai Bersih




Maghrib di r&r Pantai Bersih. Senja dulu dan kini masih sama walau aku semakin dewasa, rupa berubah tapi di hati sentiasa di kenang.

Work Appraisal



Ini komputer kerja aku yang terbaru. Baru beli dan baru kasik kat aku. Semua ada 10 biji. Dlm department aku hanya komputer aku sahaja yang antik.

Appraisal aku dah siap! Selepas di pas ke sana sini, akhirnya Duncan jadi bos aku dan akan tolong take care system diproduction. Salah satu dipercepatkan confirmation aku adalah sebab BONUS. Dengar kata 2 bulan.

Hari mau hujan


Ahad.November 9.2008.
Hari mungkin hujan tak lama lagi.

Jumaat yang jem











So Friday. Aku terperangkap lagi lalu lepak di QueensBay Mall. Mula2 makan dulu, dua apom balik, pas tu makan shrimp and potato fried from Jusco bazaar. Shrimp dia macam ranting kayu. Disebabkan dah teringin lama nak makanan yang bergoreng aku gigit jugaklah.Lepas tu aku perasan gigi aku start sengal-sengal.
Celebrate Krismas dah start. Dah banyak lampu-lampu, pokok krismas pun dah ada di sesetengah kedai dalam tu. Kat groun floor Samsung sedang buat promotion barang-barang elektrik dan yang menariknya, Samsung freezer RM 8000.
Yang paling aku suka Borders.Ramainya orang sedang baca buku.

Taman Utama, Sg Dua

Ruang tamu.

Pemisah ruang dapur & tandas.

Dapur.
Tandas.Hemmm...




Aku berkenan untuk lihat rumah kos rendah di Taman Sungai Dua. Rumah ni ada balkoni & pintu sliding door. Balkoni agak luas untuk yang mengadap ke jalan dan agak kecil bagi yang menghadap ke hutan. Susun letak macam apartment. Agak luas juga, susun letak pun nampak kemas.Aku dah ambil borang dan akan submit tak lama lagi. Menurut petugas tapak dia cuma minta payslip dan EPF statement. Kalau rezeki aku di sini tak lama lagi aku pindahlah ke kampung halaman aku balik. Memang aku lahir kat sini pun.

Parking lot aku

Ini parking log bersempadan dengan kilang Agilent Tech. Inilah parking lot paling jauh di dalam kilang aku. Parking lot kereta aku 90 darjah kekanan.
Opss! tak nampak.
Aku suka disini sebab suasana tenang sekali. Maklumlah tak dak orang. Sunyi je yang penuh kereta-kereta pekerja je. Besar parking lot ni kalau combine semua dengan kilang-kilang lain mungkin sebesar padang bola saiz xl kot.
Kawasan kilang aku ni merupakan laluan kapalterbang ke Airport di Bayan Lepas. So dalam sehari tu banyak kali la kapal terbang berlepas dan mendarat. Kalau yang besar jumbo pasti besi pada lampu kalimantang office berbunyi "gik..gik..gik" akibat bergegar.