Nak beli jam?




Ini pewangi dibeli dari Living Cabin. Kedai menjual pelbagai cenderamata dan fancy-fancy things. Pewangi ini ada banyak bau. Aku beli Ocean breeze, green tea dan sandalwood. Aku letak dlm kereta.Almari baju dan living room. Paling best bau sandalwood yang lembut dan tahan lama. Cubalah. Living Cabin ni aku kunjung di QueensBay Mall. Aku rasa Jusco Perda pun ada. Bestnya bila buka pintu bau semerbak sandalwood.

Sunday break

Hari ini Ahad. Sunday.Hari cuti. Semua orang patutnya cuti. Hari malas aku. Aku malas. Lembab.Suka-suka hati boleh rehat puas-puas.Mengeliat puas-puas.Aku kucing yang malas.

Bakul rotan serbaguna

Dah lama aku nak beli bakul untuk simpan barang-barang berserabut aku. So harini aku ke pasaraya borong sakan dan dapat beli bakul ni. Dulu harganya RM30 lebih so hari ni ada sale harganya cuma RM 20 dan tinggal satu ini sahaja. Memang rezeki aku. Dan dah penuh aku isi dengan barang-barang serabut aku tu.

Hospital Kepala Batas







Sudah dua minggu hospital ni jadi rumah kedua. Aku kena jaga mak aku yg sakit tapi aku night shift. Lepas kerja aku terus ke hospital. Tapi disebabkan boleh memudaratkan kesihatan aku lalu aku pun tukar schedule aku. Petang aku pergi melawat je kejap lepas tu balik tidur rumah. Selalunya aku tidur hospital dan bangun terus ke tempat kerja tapi lena aku selalunya terganggu. Pergi keje aku macam bermimpi je.Hospital ni baru lagi tapi banyak improvement dari hospital-hospital generasi lama. Pagi-pagi hawanya nyaman. Sebabnya hospital ni agak terpencil jauh dari kawasan sibuk. Satu wad ada empat katil sahaja dan kipas empat buah juga. Tempat mandi ok. Aku suka sebab ada hot water. Senangnya nak mandi pagi dan malam. Komen aku ni macam aku tinggal hotel lak! Makannya sedap. Selalunya Sup sayur, ayam panggang etc dan nasi serta buah. Nurse baik dan environment pun OK. Staffnya friendly. Selalu senyum. Ini gambar dari handphone Nokia 3220 aku. Antaranya taman herba, taman refleksologi dan bunga-bunga putih macam sayur kucai yang berkembar waktu pagi. Baunya emm semerbak harum. Tambah lagi hawa pagi yang nyaman.