Hak penjagaan aku punya tao!



Hari ini hari keputusan untuk aku dari Mahkamah Tinggi Syariah.


Keputusan hakim:


1-Hak penjagaan kesemua dua orang anak aku, aku dapat.


2-Nafkah anak RM 600.00/300 sorang.


3-Waktu melawat yang sesuai sahaja.




Setelah naik turun mahkamah selama 2006-2009, sampai aku terdepression, menangis setimba, kadang-kadang terasa hinanya aku nak minta ANAK AKU sendiri.Hemmm.. akhirnya sememangnya inilah yang aku harapkan.ALHAMDULILAH kehadrat Ilahi yang tak jemu-jemu mendengar rungutan aku, tangisan aku, doa aku. Yang sentiasa bersama aku. Malah kasi aku makan best-best walaupun aku ni 'lalai' gak. Seperti yang aku niatkan aku berpuasa sunat satu hari.Insya-Allah next week kot.

Untuk sekarang aku masih berusaha cari my kids. Semalam ambek ubat dari Klinik Bersatu dan aku menangis depan doktor tu. Aku saja je nak minta ubat terkawal yang dia kasi tempohari sebab aku rasa dah tak fokus balik. XANAX rupanya name ubat tu.Semalam aku tido cam 100 tahun tak tido. BEST. Tapi aku tq kat doktor tu sebab dia sporting, dia ambek nama anak aku tu, birthdate dan nama aku sebab dia nak tolong minta PPD nyer cabel kalo dapat.

"Saya tak janji, tapi tengoklah kalo ada patient yang keje PPD".

Takpalah doktor sekalung budi untukmu. Tahun lepas waktu terdepression, aku jumpa doktor yang sama gak. Pastu p duduk tepi pantai sorang-sorang. Waktu tu pukul 8 pagi. Relax betul aku rasa. Pastu terus aku okey balik.

Mungkin betul doktor tu cakap, aku kena luahkan kat somebody. Itula masalah aku sebab aku tak suka sangat luahakan perasaan aku kat orang sebab:


1-Aku rasa org yang lemah saja cerita perasaan kat orang.Hemmm..
2-Aku tak suka komen or body language org yg dengar cite aku tu sebab aku ni Tuhan kasik boleh merasa perasaan orang.


3-Aku tak percaya kat org


4-Aku memang tak mo cite kat org.Habis cite!


Ni aku beli dari Petronas. RM 1.00 saja. Boleh buat aku hepi kot.




0 ulasan: