Hari ini jambatan tak jam?

Aku buka mata besar-besar. Aku dah ready nak turn ke Queensbay Mall. Tapi selepas Asar di surau kilang dan keluar dari pintu pagar kilang kira-kira 10 minit kemudian aku dah berada di atas selekoh bridge.Eh! Kenapa ye. Sepatutnya hari ini jambatan akan darurat jam. So aku selamat sampai rumah pukul 7.00 malam tadi. Harap hari-hari le macam tu.Tapi tadi pagi aku punch in 8.36 pagi.Lambat. Sebab ada eksiden di Bagan Ajam. Berterabur limau nipis atas jalan. Kereta rosak teruk, cermin depan kereta hancur.

==================================

Lunch time satu department keluar makan di Kerala.(Indian Food). Sebab bos atas bos aku nak kenalkan dirinya pada kami semua. Baru naik pangkat. Aku nervous bila dalam majlis, esok-esok aku akan lebih agresif.Tunggu dan lihat.

==================================

Aku berbundle. Tempat shopping terbaru. Lokasi Pmtg Pauh, Taman Arowana. Ada pasar mlm situ dan selekoh ke klinik-klinik panel. Kedai betul-betul juntion T. Aku beli dua helai seluar.Best Rm12.00 sahaja.Menangnya aku memakai. Ciri-ciri aku jatuh hati, kain tebal,senang gosok, ngam dengan saiz kaki aku, tak payah modified. Yg penting ELEGAN. Nanti aku cari lagi. Stok baru masuk Khamis dan Sabtu. Toto, selimut, maxi, skirt, lelaki, perempuan, kulit pun ada. Cuma tak best fitting room tiga sahaja, nampak kaki bogel kat bawah sebab gap pintu besar sangat.Lucah.

0 ulasan: