Jam tangan aku yang elegan

Aku google nama jam Rossi Valentino. Satu habuk pun tak de. Tak glamernya jam ini. Harga RM 95.00. Yang penting nampak elegan dan aku suke.

======================
Aku: Tangan saya allergic pada logam yg rosak tu saya tak risau. Saya risau beli mahal tapi tak boleh pakai.
Toke: Jangan pakai ketat sangat. Tapi jangan risau ada jaminan kalau rosak.
Aku: Saya tak risau rosak. Saya takut tak boleh pakai sebab tak tahan allergic.
Toke:Jangan risau kalau apa-apa boleh bawa mai.
Aku:Saya tak risau rosak, tapi takut tak boleh pakai...
Toke:I risau, kalau U pakai ketat sangat.
=============================
Dialog selepas aku confirm beli jam.Aku risau takut allergic, toke jam risau takut aku pakai ketat sangat.Pening.Toke jam ni berani sebab dia dah modified tali jam untuk aku walaupun aku belum bayar lagi. Seminggu aku pakai jam ni dan puas hati. Paling best tangan aku tak gatal. Jam ni belakang face all stainless steel. Bermakna kesemuanya termasuk tali, face belakang adalah stainless steel. Sapa-sapa allergic belilah jam ni. Ingat pesanan toke jam "jangan pakai ketat sangat".

0 ulasan: