Aku naik minyak



Secara rasmi minyak mengalami kenaikan ke RM 2.70. Dua tiga hari kemudian harga barangan lain pun turut serta. Aku sedih sebab perbezaan meter minyak kereta aku sebelum dan selepas kenaikan harga sebanyak satu jari tunjuk daku. HUHU! Bermakna aku kehilangan hampir dua hari bertenang selepas setiap kali mengisi minyak di Petronas. Nampaknya takdak harapan untuk daku tukar kereta yang lebih selesa selepas aku bertukar kerja nanti. Rakyat demontrasi sana-sini pun kerajaan buat pekak. Aku kurang yakin dengan pemerintahan kerajaan yang sedia ada sebab aku tak nampak mereka BUAT KERJA dengan serius. Malaysia dah lama merdeka, hasil bumi melimpah ruah, kalau betul-betul memerintah dengan serius rakyat Malaysia akan menikmati kemakmuran lebih dari negeri Temasik yang hanya dikelilingi air itu. Hasil kerja main-main orang yang bertanggungjawab juga kita telah memberikan sebuah lagi pulau kepada negeri Temasik itu. Sekarang pulau itu disebut Pulau Putih Mata. Dua tiga hari kemudian rakyat berkemampuan berpusu-pusu ke bengkel NGV pula untuk ubahsuai kereta bagi tenaga murah dan alternative. Nampaknya rakyat yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah global ini. Kerajaan nampaknya sambung TIDUR balik. GRRrrrr..zzzz
    • Tak Tumbuh Tak melata
      Tak Sungguh Orang Tak kata

0 ulasan: