Marah sana sini

Aku saje jek marah sana sini. Mula-mula aku nak marah YouTube. Aku buat camne pun tak keluar-keluar jugak video dia. Dah buang firewell semua, tadi masa aku nak update blog tak boleh sign lak. Check-check firewell blocked. Giler ke apa firewell laptop aku ni! Semua web yang dia nak blocked.Hish! Kereta kecik aku tu dah ada kat bengkel cat. RM 900. So aku harap warnanya pasti tip top. Kalau tak siap la ko aku ketuk dengan spana. Kereta takde so aku takleh pergi mana-mana. Tunggu rumah sampai pening. Kerja aku tidur best-best sebelum start kerja Isnin depan. Aku takut sebenarnya nak kejer maklumlah tempat keje lama, aku asyik makan angin kerja kurang so stamina nak buat keje pun dah hilang p mana tak tau. Lepas tu aku nak marah cuaca. Ah! Panas le cuaca sekarang. Pasang kipas pun tak rasa sejuk. Kalau rumah sendiri dah lama budget nak pasang aircond. Sewa bulan ni aku rasa nak suruh akak tu tolak duit deposit. Dia mau ka? Lagipu boleh aku jimat. Macam tak percaya bulan ni aku bukan ada gaji, tapi boleh hantar kete pergi cat! Ah! lawak-lawak guling. Itulah simplenya hidup sorang. Makan pandai-pandailah..Lagi satu nak marah aku penaatla. Semua keje dalam rumah ni aku kena buat. Basuh baju, sidai, baju, basuh pinggan, sapu lantai, p market, semua & semua aku buat.. yelah nak camne aku kan tinggal sorang! Aku memang dah nak gila. Manusia mana boleh duk sorang-sorang nanti sakit jiwa. Keje Penang nanti aku plan nak angkut semua barang-barang aku letak rumah mak @ kak, pastu pindah p duk Penang, asrama ka, seminggu sekali balik rumah mak. Jimat banyak tu, kepala pun tak pening. Lagipun mak aku setiap Ahad pegi kursus haji dia ada tanya nak join tak? Hehe tak jadi masalah kat aku, tapi itulah semuanya itu underground punya plan. Ntah jadi ntah tidak tak tau! Aku pun nak marah blog aku sendiri, Sebelum ni bila create new post ada link, boleh align font lawa-lawa tapi semua tu hilang.. aku tak tau p mana function tu semua. Tension aku.. Lantakla. So sapa-sapa baca blog ni sorilah kalau preview tak lawa. Function blog aku dah hilang..huhu. Busuk la bau rumah aku ni. Pasti dari tong sampah aku tu. Aku jugak la tu nak kena bersihkan. Dah pukul satu dah ni lepas ni kena makan, aku rasa 2 tiga hari ni stamina makin kurang, lapar sampai ketaq maklumlah punyalah malas nak masak. Kalau dulu lunch time pasti makan sebab keje nampaknya minggu ni aku tak cukup makan hehe.