Maybe my future job



Aku kenalkan kerja freelance aku. Typesetter. Aku terjebak secara tidak sengaja selepas berhenti dari sebuah syarikat kertas. Di situ ada juga bahagian publishing. Ada offer untuk aku teruskan kerja yang dah aku tinggalkan sebagai freelance dan gaji pun boleh tahan. Pembacaan aku menerangkan yang pekerjaan yang dilakukan dengan sukahati, minat dan rela akan mendatangkan hasil yang lumayan. Aku baru je terima payment dari bos aku RM 1550 untuk dua judul buku yang aku telah typesettkan. Dengan tamaknya aku kira-kira kalau-kalau dalam sebulan syarikat tu kasik aku 4-5 judul, bermakna RM 600++ untuk sebiji buku. Kaya aku tu!Aku terfikir-fikir satu hari nanti mungkin aku akan terjun secara langsung ke bidang publishing secara tetap sebab;

  • Aku memang berbakat dalam hal-hal berkaitan buku;B.Malaysia, SPM aku dapat A2;Aku penyabar;Aku suka baca buku;Aku suka BUKU;Aku suka library;Koleksi buku aku sama tinggi dengan aku dan sedang bertambah
Tapi; tengok keadaan sebab aku sekarang ni di bidang IT tapi gaji yang aku dapat utk job dua buku sama sebulan gaji aku sebagai orang IT, camne tu..
Untuk pembaca yang masih tercenggang, Typesetter ni orang tengah diantara penulis->editor->typesetter->editor. Editor akan sunting sampai 3pp[aku pun tak tau apa itu]. Di peringkat ini bermakna kesalahan semakin kurang & zero dan jalan cerita menjadi semakin best. Alatan untuk typesett adalah QuarkExpress & Indesign. Keje aku bermakna cuma tukar kesalahan ejaan, buat bab cantik-cantik dan pastikan susun letak huruf cantik untuk printing nanti. Typesett akan marah nak meletup bila editor terpaksa buang satu bab atau edit kritikal di saat-saat dah nak printing. Ini bermakna typesetter terpaksa buka mata luas-luas adjust semula bab demi bab dan pastikan tiada jalan cerita yang hilang setiap muka surat. Standard ketebalan manuskrip adalah 200-500. Sabar ke? Hingga ke harini output aku sebagai freelance typesetter masih tip top. Cuma syarikat ni ekonomi kurang bagus dan job makin tak ade. Kalau sape-sape di luar sana nak ambik daku jadi freelance typesetter [novel] silakan tinggalkan komen ye. Simple je.

0 ulasan: