Hello Penang here I come

Sudah seminggu aku ulang-alik ke Bayan Lepas, Penang. So far kerja OK, member keje.. semua Cina. Macam biasalah. Waktu perjalanan 1 jam. So 2 jam satu hari. Kena beli touch & go (sentuh dan blah!)RM 110. So kompeni cuma kasi RM 70 untuk subsidi.Aku rasa nak demam sebab sudah sebulan aku pakai duit simpanan. Tambah lagi gaji masuk sekali je, so kena tunggu sampai hujung bulan July nanti(kering tekak aku). Tempat keje ada 3 member dari korporat staff. Lain-lain orang biasa-biasa je termasuk aku. So far aku boleh catch-up.Masalahnya hari Jumaat jem giler nak balik. Last-last aku lepak di Queenbay Mall sampai pukul 9 malam. Ada satu kedai buku nama Border. Boleh baca-baca buku siap ada sofa macam library dan kedai kopi kat dalam tu. Buku pun best-best. Nanti mesti aku selalu lepak sini. Sebab .. tak perlu beli boleh baca je.. hehe. Termasuklah majalah tau. Aku jumpa kedai Ti'zed[ejaan dah lupa]. Seluar dia ngam2 dengan badan aku yang kecik ni. Siap boleh adjust butang lagi tapi cawatnya kecik. Badan aku pulak jenis tinggi rasa tak sedap plak nak pakai.Minyak kereta aku asyik habis je. Macam tangki bocor je. Setakat ni aku dah buh Rm 60.00 untuk seminggu bekerja.Boleh pakai untuk 2 hari je RM 30 tu. Letak petang harini, petang lusa dan nak habis dah.Kete yang aku cat lawa-lawa tu pun kena langgar sikit tepi bumper masa aku parking di kilang. Kilang aku mana ada parking di dalam. So parking je kat mana-mana yang kosong. Aku ada parking tepi simen besar macam pasu bunga tu, memang tepi jalan sikit la. Sapa2 yg bawa kereta sambil tidur tu memang boleh langgar sebab kereta aku tersembul kat situ. Hemmm.. biarkan, duit aku dah nak kering.Tapi kaler merahnya masih cun lagi.

0 ulasan: